Monday, 4 July 2011

Bentuk Tubuh dan Gaya

0 comments


Kita semua sempurna namun tiada sebab untuk kita berasa rendah diri semata-mata kerana tidak mempunyai bentuk tubuh yang ideal atau yang menjadi idaman semua wanita. Semuanya tidak mustahil boleh disembunyikan dengan cara berpakaian yang betul. Antara tip pemakaian yang betul mengikut tubuh :


(1)   Bentuk Tubuh: Tiga Segi

 Ciri-ciri :

-Bahu lebih lebar daripada pinggang,pinggul dan peha
- Bahagian dada tampak tebal (bukan besar!)
-Bahagian pinggang Nampak lebih kecil dari bahagian pinggul dan bentuknya nipis

Cara pakaian:

-Pilih baju yang berleher V.Sebaliknya tidakmemilih blaus atau jaket yang berleher lebar di bahagian bahu.
- Jangan memilih jeans ‘turtle neck’ atau baju yang berleher tinggi kerana dada anda cenderung Nampak lebar dan besar
- Usahakan agar busana yang dikenakandapat memperlihatkan bahagian pinggang dengan cara menyembunyikannya. Kenakan sahaja blaus atau jaket yang agak sedikit menyempit pada bahagian bawahnya.

Cadangan Gaya:

Bergaya dengan satu warna yang terdiri dari:
-Jaket berpotongan lurus dan panjangnya pada tengah peha
-Kamisol dengan potongan leher  V
-skirt berpotongan panjang lebih menarik


(2)   Bentuk Tubuh: Empat Segi

Ciri-ciri :

-Antara batas sisi bahu dan sisi pangkal peha mempunyai ukuran yang sama lebar.
-Tidak mempunyai bentuk badan kerana setiap bahagian mempunyai ukuran yang hamper sama
-Tidak mempunyai lengkuk pinggang.

Cara pakaian:

-Jangan membuat kesan mengecil atau menambah lebar bahu dari pangkal peha.
-Pakai tali pinggang yang kecil untuk member bentuk badan pada bahagian pinggang
-Pastikan bahawa panjang jaket atau blaus anda jatuh tepat kira-kira 15sm dari tulang pinggul

Cadangan Gaya:

-Jaket model lurus yang tidak terlalu ketat di badan
-Blaus atau semi jaket model ‘square jacket’ untuk penampilan anggun dan klasik.

 
(3)  Bentuk Tubuh: Buah Pear

Ciri-ciri :

-Bahagian dada lebih kecil manakala bahagian pinggul besar
-Bahagian pinggang pula kecil dan tidak seimbang antara dada dan pinggul
-Bahagian pinggul Nampak tebal,sama ada lebar atau menaik

Cara pakaian:

-Jangan memakai jaket yang panjang semata-mata mahu menutup pinggul anda yang lebar atau besar.
-Tetapi pilih jaket yang menutupi separuh pinggul anda
-Untuk Nampak menarik,pilih jaket jenis’monkey jacket’ iatu jaket separuh sehingga paras bawah dada.
-Pilih skirt potongan lurus dan jangan memakai jenis kembang atau bertingkat-tingkat kerana ia akan menampakkan anda gemuk dan pendek di bahagian bawah

Cadangan Gaya:

-Jaket potongan lurus higga bahagian separuh pinggul dapat menutup pinggul anda yang besar.
-Lazimnya badan berbentuk pear cenderung memiliki ukuran pinggang yang kecil
-Pilih seluar atau skirt yang terletak di bahagian “hips” iaitu antara pinggang dan tulang pinggul.


(4)   Bentuk tubuh : Seimbang

Ciri-ciri :

-Bentuk tubuh badan yang sempurna iaitu dada dan pinggul lebih kurang sama manakala ukuran pinggang pula antara 23 hingga 26. Ia merupakan bentuk tubuh yang menjadi idaman semua wanita.
-Namun harus juga mengetahui cara berpakain yang betul kerana jika tidak kena,ia akan menampakkan tubuh anda terlalu kurus atau terlalu gemuk.

Cara pakaian:

-Anda boleh memilih jaket yang menutup separuh pinggul atau jenis panjang hingga ke peha untuk nampak trendy dan korporat.
-Sekiranya kaki anda panjang,pakai skirt potongan A-line atau seluar potongan lurus berwarna gelap manakala baju berwarna cerah.Badan anda akan kelihatan langsing dan menarik
-Anda juga boleh mengenakan pakaian ‘three pieces’ iaitu kemeja,vest dan jaket kerana bentuk badan anda seimbang.Namun perlu bijak bermain dengan warna.

Cadangan Gaya:

-Walaupun bentuk badan anda sempurna,kemungkinan bahagian dada anda kelihatan kecil tetapi berbidang besar
-Sekiranya payudara anda kurang kelihatan,anda boleh mengenakan ‘turtle neck’ dan kenakan bersama jaket pendek. Lihatlah perbezaanya!





Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
 
 
 

Leave a Reply

Labels