Wednesday, 7 September 2011

Bergaya Dengan Sepatu Rendah

0 comments



Keselesaan sewaktu melangkah menjadi keutamaan setiap orang. Pemilih sepatu bersesuaian penting untuk memastikan postur badan sentiasa terjaga. Kasut bertumit tinggi khususnya akan mengubah postur badan seseorang sehingga boleh menyebabkan serangan Osteoarthritis iaitu pada bahagian lutut malah terdapat banyak lagi komplikasi lain akan berlaku. Apa kata ubah penampilan anda dengan pilihan sepatu tapak rata atau flat shoe.


 
WARNA
 
Untuk memudahkan anda menyuaipadan kasut dan pakaian pilihan anda, secara asasnya, rona semulajadi menjadi taruhan terbaik. Tetapi, sesekali alami keseronokkan dengan sepatu anda apa salahnya. Cuba warna metalik seperti emas atau perak. Rona solid seperti merah, hijau atau kuning cantik digaya dengan padanan denim.

 
Terdapat banyak pilihan sepatu tapak rata di pasaran antaranya :-

 
1) Kasut Kulit Tapak Rata
 
Kebiasaannya, kasut kulit tapak rata berwarna hitam, dan disebelahnya pula tersusun warna lain seperti coklat dan senada. Tetapi, anda perlu bijak membuat pilihan rona lain untuk kasut kulit anda. Kasut dari bahan kulit menjadi pelaburan jangka masa panjang kerana kualitinya lebih baik berbanding bahan lain. Dan,ia biasanya padan dengan setiap busana anda. Cuma... kasut kulit tapak rata tidak sesuai apabila hari hujan. Pastikan anda keringkan dahulu kasut sebelum di simpan rapi di dalam kotak.

 
2) Kasut Tapak Rata Baldu
 
Bahagian luar kasut yang lembut memberi cerminan lebih feminin dan manis kepada si pemakai. Keselesaan menyarung kasut jenis ini membuatkan si pemakai lebih berkeyakinanan dan classy. Kombinasi sepatu tapak rata baldu dengan skirt labuh atau legging menampakkan gaya elegan anda. Kasut tapak rata baldu boleh di dapati dalam pelbagai rekaan dan dihiasi perincian yang pelbagai. Pada masa sama, penjagaan juga agak rumit untuk mengelakkan kesan calar dan rosak pada baldu.



3) Kasut Tapak Rata Ballet
 
Kombinasi terbaik digayakan bersama dres pendek atau skirt A-line. Kasut ini membariskan pelbagai rekaan yang boleh dipadankan dengan legging, seluar kargo, skirt berpotongan pensel dan seluar berpotongan lurus. Ada juga kasut ballet direka lebih ringkas dan tampak profesional, untuk anda gayakan dengan pakaian lebih formal misalnya untuk ke pejabat.

 
4) Kasut Tapak Rata Lace Up
Kasut tapak rata jenis lace up menampakkan anda lebih maskulin. Untuk mengurangkan ilusi itu, tambahkan lace berwarna merah jambu atau warna sesuai untuk sepatu anda. Langkah anda tentulah lebih berkeyakinan dengan menyarung kasut dari jenis ini. Padanan seluar Capri, seluar pendek dan skirt paras buku lali sangat sesuai untuk anda! Penampilan anda tampak lebih sporty. Kasut tapak rata lace up juga dikenali sebagai flat oxfords. Gaya maskulin ini mungkin boleh disembunyikan dengan beberapa tip.

 
PADANKAN BERSAMA SELUAR TAPERED, DENIM VV ATAU SELUAR PARAS BUKU LALI
 
Tonjolkan sepatumu dengan menyarung seluar denim atau legging, membangkitkan aura lebih feminin. Seluar berpotongan lebar pada bahagian hujung kaki akan menutup rekaan kasut anda.

 
SERLAHKAN SEDIKIT KULITMU
 
Flat oxfords juga ada dalam bentuk open toe. Gaya ini juga boleh menampakkan gaya anda lebih feminin.

 
SINGKATKAN SELUAR, DRES DAN SKIRT
 
Bagi anda yang rendah, pemilihan pakaian yang lebih singkat memberi ilusi anda lebih tinggi. Pada masa sama, sepatu pilihan anda juga boleh kelihatan. Pilihan warna pada sepatu juga boleh membantu memberi gambaran ketinggian anda.




Leave a Reply

Labels