Thursday, 27 October 2011

Jangkitan Salur Kencing Wanita

0 comments



Situasi ini kerap berlaku di kalangan wanita muda yang mengalami kebocoran air kencing terutama sekali apabila batuk, ketawa dan bersin. Ia juga boleh berlaku semasa berlari, melakukan senaman mahupun semasa berjalan.

Jangkitan salur kencing mempunyai beberapa petunjuk klinikal. Antaranya ialah asymptomatic bacteriuria (bakteria dikesan dalam air kencing tanpa menunjukkan tanda-tanda dan gejala), cystitis iaitu radang pundi kencing dan pyelonephritis yakni jangkitan pada buah pinggang.

Jangkitan salur kencing biasa pada wanita. Lebih kurang 50 hingga 80 peratus wanita mendapat jangkitan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, biasanya melibatkan cystitis yang tidak rumit.

Faktor risiko bagi jangkitan salur kencing termasuklah hubungan seks bagi wanita (cystitis bulan madu), salur kencing yang tidak normal,diabetes, kencing tidak terkawal pada wanita, batu karang dalam buah pinggang, kehamilan dan pemasangan tiub dalam salur kencing.


Tanda-tanda jangkitan bahagian bawah salur kencing

1) Cystitis dan radang salur kencing urethra

2) Pedih semasa kencing, kerap kencing

3) Kencing yang tidak boleh tahan

4) Kerap kencing malam

5) Sakit bahagian ari-ari

6) Kencing keruh, berbau atau kencing berdarah.



Tanda-tanda dan gejala jangkitan ginjal

1) Radang buah pinggang akut

2) Demam, sejuk dan menggigil

3) Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang-kadang menyusur ke bahagian pinggang

4) Loya dan muntah

5) Seakan-akan tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing

6) Renjatan septik - perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota




Langkah-langkah pengawalan

1) Pengambilan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya tiga hingga empat liter sehari.

2) Menjaga kebersihan bahagian kemaluan dan salur kencing dengan sempurna.

3) Meningkatkan kekerapan kencing terutama selepas melakukan hubungan seksual.

4) Elak hubungan seks dengan berbilang pasangan.

5) Elak penggunaan pembersih vagina (douches) atau sebarang semburan pada alat sulit.

6) Menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner) dan menukar setiap kali selepas kencing.

7) Memakai seluar dalam jenis kapas serta elakkan daripada memakai seluar yang ketat.





Leave a Reply

Labels