Sunday, 2 October 2011

Sakit Payudara Dekat Ketiak

2 comments
Pakar Sakit Puan




Soalan

Saya mempunyai masalah berkaitan payudara. Saya menyedari payudara saya ada ketulan dan sakit di bahagian kiri payudara itu di sebelah tepi berdekatan ketiak.

Kesakitan itu dirasai sepanjang tiga bulan ini. Setahu saya, tanda penyakit barah payudara antaranya adalah ketulan atau benjolan, tetapi tidak sakit dan pyudara akan sakit apabila sesorang wanita datang bulan.

Tetapi, sakit pada payudara saya berlanjutan selama berbulan lamanya dan kitaran haid saya berjalan lancar. Apakah punca kesakitan pada payudara saya itu?


Jawapan

ANDA disarankan menjalani pemeriksaan doktor bahagian pembedahan am, bukannya bahagian sakit puan.

Ketulan yang baru timbul pada diri anda selama tiga bulan itu perlu diperiksa kemungkinan penyakit terbabit.

Benar, kanser payudara lazimnya tidak menyebabkan kesakitan. Ketulan yang menyakitkan lazimnya berkait dengan jangkitan atau peradangan.

Ia mungkin daripada payudara iaitu ketulan ketumbuhan yang tidak membahayakan ataupun sebenarnya kelenjar limfa yang membengkak akibat jangkitan atau peradangan.



Sumber : Doktor Adilah Ahmat                    
                   
                 Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, 
                 Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).





2 Responses so far

  1. Jika anda telah disahkan mempunyai fibroid,cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

  2. shahril says:

    salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Leave a Reply

Labels