Wednesday, 25 April 2012

Buah Markisa

0 comments



Pernahkah anda merasai jus buah Markisa? Atau anda masih belum mengenali rupa buah Markisa yang sebenarnya. Artikel kali ini saya nak memperkenalkan serba sedikit tentang buah ini. Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak.
 Di Malaysia terdapat 2 jenis markisa yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.

Leave a Reply

Labels