Wednesday, 25 April 2012

Pokok Song Of India

0 comments



Pokok Song Of India atau nama saintifiknya Draceana Reflexa memang sering dijadikan tanaman hiasan di luar rumah atau bangunan pejabat kerana keunikan daunnya yang berjalur kuning. Pembiakan pokok ini juga mudah iaitu melalui keratan batang atau pucuknya. Spesies yang berasal dari India boleh mencapai ketinggian kira-kira 1 meter.
Di Madagascar, pokok ini pernah digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat penyakit Malaria, keracunan, dan beberapa jenis penyakit lain. Daun pokok ini diambil dan dicampur beberapa herba lain dikisar dan direndam.  Airnya diminum seperti minuman teh herba.

Leave a Reply

Labels