Thursday, 5 April 2012

Rahsia bulu mata cantik

0 comments

RAHSIA BULU MATA CANTIK




Pernahkah anda terfirkir untuk mempunyai bulu mata yang sihat dan tidak mudah gugur? Terdapat banyak produk kecantikan khas untuk melebatkan atau memanjang bulu mata di pasaran sekarang termasuk dalam bentuk mascara yang mempunyai agen untuk pertumbuhan bulu mata seperti 'revlon mascara grow luscious'. Maskara tersebut boleh melebatkan bulu mata serta mempercepatkan proses pertumbuhan bulu mata. 




                                                    revlon grow luscious mascara 


Namun bagi anda yang ingin menjimatkan kos membeli maskara revlon ini seperti gambar di atas, anda boleh gunakan alternatif lain yang lebih 'multipurpose' atau serbaguna seperti 'vaseline' .     
Mesti anda tertanya-tanya apakah khasiat vaseline terhadap bulu mata? Seperti anda tahu, vaseline merupakan 'petroleum jelly' yang berfungsi untuk melembapkan kulit yang terlalu kering atau bersisik serta memperbaiki struktur kulit bibir yang merekah. Oleh yang demikian, bulu mata yang lembap dan sihat akan melambatkan proses pengguguran bulu mata malah menguatkan dan mempercepatkan proses pertumbuhan bulu mata.


 Cara-cara 
  1. Bersihkan muka terlebih dahulu dari sebarang alat solek atau 'make-up
  2. Ambil sedikit vaseline dengan menggunakan jari dalam jumlah yang sikit.
  3. Kemudian,sapukan pada bulu mata anda. Biarkan semalaman.
  4. Basuh dengan air bersih.
  5. Amalkan setiap kali sebelum tidur atau di masa lapang anda.

Leave a Reply

Labels