Thursday, 21 June 2012

POKOK KIAMBANG

0 comments

 

POKOK KIAMBANG atau nama botaninya Pistia stratiotes merupakan sejenis tumbuhan yang seang dikenali dan mudah ditemui.

Habitatnya sama seperti pokok teratai, hidup segar di kawasan berair seperti kolam, tasik atau paya air tawar.
Cuma bezaya dengan pokok teratai, kiambang adalah sejenis tumbuhan yang merayap di atas air dan cepat membiak.
Malah, ia dikatakan menjadi ‘musuh’ kepada ikan kerana ia memiliki akar yang begitu banyak dan menyukarkan ikan untuk bergerak dan bernafas.
“Pokok kiambang mempunyai akar yang bukan hanya banyak tetapi berserabut. Kalau jenis ikan yang tidak gemar memakan akarnya itu, ikan tersebut sukar untuk hidup.
Sebab itulah, kalau kolam, tasik atau paya air tawar dipenuhi pokok kiambang, ia kurang digemari oleh kaki-kaki pancing,” kata pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap.


Namun begitu, jelas beliau, bagi mereka yang gemar menghias halaman rumah dengan kolam atau pasu berisi air, pokok kiambang pasti menjadi pilihan.
Ia bukan hanya memiliki bunga yang cantik dan daun yang segar, tetapi dikatakan mempunyai khasiat untuk merawat luka.
Ujarnya, ambillah beberapa helai daun pokok kiambang yang segar dan rebuskan daun itu sehingga mendidih.
“Bila sudah suam, alirkan air rebusan tadi di tempat yang luka tersebut. Ia boleh menyekat pengaliran darah keluar,” katanya.
Tetapi, kata Tajuddin, ada juga pengamal perubatan tradisional yang menyatakan bahawa kiambang juga boleh digunakan sebagai bahan pencuci pakaian yang terkena kotoran berminyak.
Caranya ialah ambil beberapa helai daun kiambang yang segar dan rendamkannya dalam sebekas air selama beberapa minit.
Kemudian keluarkan daun-daun kiambang tadi dan rendamkan pakaian yang terkena kekotoran berminyak selama beberapa minit dan bilaskannya.”

…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia




Leave a Reply

Labels