Wednesday, 29 May 2013

Tentang Haid

0 comments



Tentang Haid

Ketika dilahirkan wanita mempunyai 150.000 hingga 500.000 folikel (kantung berisi sel telur yang belum matang). Saat seorang wanita mencapai usia akil baligh iaitu 10 hingga 12 tahun atau memiliki 14% lemak, tubuhnya akan memulai proses semulajadi untuk mematangkan dan melepaskan telur 400-500 seumur hidupnya.

Proses ini melibatkan bahagian otak dan rahim serta pelbagai hormon. Mulanya hipotalamus di bahagian otak yang mengatur hormon mengeluarkan hormon GnRH (gonadotrophi releasing hormone) yang memberi perintah kelenjar endokrin kecil di otak yang disebut hipofisis untuk menghasilkan hormon FSH/follicle stimulating hormone, dan LH/lutenizing hormone.

FSH mendorong indung telur untuk mematangkan telur yang terdapat dalam folikel/kantung telur. Dalam satu bulan umumnya hanya satu telur yang matang. Indung telur juga menghasilkan hormon estrogen. Ketika sel telur matang dan estrogen dalam darah meningkat, hipotalamus mengirim maklumat untuk mengurangi penghasilan FSH dan meningkatkan penghasilan LH. LH bertugas mendorong pelepasan telur yang sudah matang.

Jika tidak terjadi pembuahan/sperma masuk kedalam rahim maka sel telur ini akan pecah dan terjadilah haid/menstruasi. Darah haid mengandungi sel-sel darah merah, sel-sel dari jaringan selaput lendir rahim yang gugur, lendir leher rahim, sel vagina dan enzim.

Golongan remaja dan wanita muda biasanya mengeluarkan darah haid yang berwarna merah terang, pekat dan aromanya tidak menyengat. Sedangkan para ibu yang berusia matang warna darah yang keluar cenderung lebih gelap, menggumpal dan beraroma tajam.

Rata-rata wanita kehilangan 60 hingga 75ml darah setiap kali kedatangan haid. Darah tersebut tidak mengalir dalam waktu yang sama pada setiap wanita.

Sekitar 48% wanita mengalami haid/menstruasi selama 3 atau 4 hari, 35% wanita mengalaminya selama 5 higga 6 hari. Dan yang selebihnya mengalaminya sehingga 7 hari atau lebih. Penggunaan alat pencegah kehamilan boleh mempengaruhi kuantiti darah haid.





Leave a Reply

Labels