Thursday, 30 May 2013

Yasmin Hani Mengandung

0 comments



Yasmin Hani Mengandung

Selepas hampir dua tahun bergelar isteri, pengacara dan pelakon popular, Yasmin Hani mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong. Berita gembira ini dikongsi bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Menurut statusnya, Yasmin memberitahu kandungannya sudah menjangkau 16 minggu dan memohon kepada semua yang mengenalinya termasuk peminat agar mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.

"Helo semua! Hari ini adalah hari istimewa kerana kami merasakan sudah tiba masa untuk berkongsi berita gembira ini bersama anda semua. Syukur Alhamdulillah, kami bakal menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga kami. Kandungan saya kini sudah 16 minggu! Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk bakal bayi yang akan lahir dan kami juga. Amin," dipetik daripada status Yasmin yang turut memuat naik sekeping gambarnya bersama Sha'arin. 





Leave a Reply

Labels